Mengambil snek di antara waktu makan adalah penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ini dapat menambah tenaga yang mereka perlukan untuk aktiviti seharian mereka. Namun, kebanyakan kanak-kanak suka makanan yang tidak berkhasiat, dan ini menyebabkan mereka terlalu kenyang untuk makanan yang lebih berkhasiat.

 
Pilihan snek yang digalakkan
  • Susu
  • Biskut dan roti kurang manis
  • Bijirin
  • Roti dan muffin dari bijian penuh
  • Pai ayam, cendawan dan sayur-sayuran yang intinya dikukus dan dibuat sendiri di rumah.
  • Buah-buahan
  • Sandwic
  • Yogurt
  • Tau foo fah dengan gula perang
 
Pilihan snek untuk dielakkan atau dikawal
  • Snek seperti keropok, kerepek kentang, kacang tanah, gula-gula, makanan ringan dan kerepek rangup
  • Gula-gula dan coklat
  • Biskut krim, kek dan pastri
  • Minuman berkarbonat