Makanan snek adalah sesuatu yang sangat digemari oleh kebanyakan kanak-kanak dan ianya bukanlah sesuatu yang tidak bagus. Dengan makan snek yang sihat dapat mengawal rasa lapar anak anda untuk sepanjang hari, disamping membekalkan tenaga dan khasiat yang penting kepada mereka. Cuba tip di bawah untuk memulakan tabiat pemakanan snek yang sihat.


Anak anda tidak akan teruja dengan biskut, gula-gula atau kerepek kentang seandainya anda tidak menyimpan makanan jenis ini di rumah anda. Tunjukkan contoh yang baik dengan memilih snek yang sihat.


Makanan bijirin penuh – seperti bijirin penuh dapat membekalkan tenaga untuk sepanjang hari.


Sesuaikan rasa snek sihat yang anda hidangkan dengan sos yang enak, seperti hidangkan lobak merah atau sayur-sayuran mentah yang lain dengan ranch dressing. Makan biskut atau buah-buahan segar beserta yogurt. Sapukan mentega kacang pada saderi, epal ataupun pisang.


Hidangkan menu yang selalu dihidangkan untuk sarapan pagi, contohnya sajikan roti bakar dengan telur hancur – sebagai snek sihat untuk anak-anak pada waktu tengah hari.


Snek sihat tidak bermaksud anak anda hanya boleh makan makanan yang tawar dan tidak manis. Sajikan snek seperti puding, yogurt sejuk-beku, atau buah-buahan sejuk-beku dan campurkan menjadi smoothie dapat memuaskan deria rasa manis anak anda.


Gunakan acuan biskut untuk memotong keju dan roti kepada bentuk menarik seperti bintang, hati. Sajikan kebab buah atau makan buah-buahan yang telah dipotong dadu dengan menggunakan penyepit. Susunkan pelbagai jenis buah-buahan untuk membentuk muka kelakar di dalam pinggan.


Simpan sayur-sayuran yang sudah siap dipotong di dalam peti sejuk rumah anda. Letakkan buah-buahan segar di ruang makan atau di meja makan anda, simpan bijirin penuh dan buah-buahan dalam tin dalam kabinet rumah anda yang mudah dicapai oleh anak anda.