Polisi Privasi untuk Mead Johnson Nutrition

Tarikh berkuatkuasa: 31 Mac 2007

Tujuan Kenyataan Privasi

Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd menghormati privasi setiap pengunjung ke laman ini dan memahami segala maklumat tentang anda, kesihatan anda dan cara penjagaan kesihatan anda adalah sensitif. Kecuali seperti yang dinyatakan di bahagian Pemindahan Kawalan dalam Kenyataan Polisi Privasi Internet Laman ini, Mead Johnson (M) Sdn Bhd tidak sesekali akan menjual atau menyewakan maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda.

Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd mengadakan Kenyataan Privasi Internet ini adalah untuk menyediakan maklumat tentang amalan kami berkenaan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat yang dibekalkan oleh anda ketika anda melawat laman ini.

Kami menggalakkan anda untuk meneliti Kenyataan Privasi Internet ini sebelum menggunakan Laman ini atau menghantar sebarang maklumat. Dengan menggunakan laman ini, anda menunjukkan bahawa anda faham dan bersetuju dengan terma yang dinyatakan di dalam Kenyataan Privasi Internet.

Maklumat diberikan secara sukarela oleh Pengguna

Anda boleh berkunjung ke Laman ini tanpa memperkenalkan diri anda atau memberikan maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Sebahagian dari Laman ini memberi ruang kepada anda untuk menghubungi dan bertanya soalan atau memberi maklum balas kepada kami. Apabila anda menghubungi kami dan memerlukan maklum balas dari kami, anda akan diminta untuk memberi maklumat untuk memudahkan kami menghubungi anda. Sebelum itu, kami akan memaklumkan kepada anda, bagaimana kami akan menggunakan maklumat tersebut dan menghormati permintaan anda sekiranya anda tidak mahu kami menggunakan maklumat ini untuk tujuan lain selain dari memenuhi pesanan anda.

Terdapat sebahagian dari Laman ini memerlukan anda untuk memberikan maklumat untuk mendapatkan akses kepada kandungan yang tertentu, ciri-ciri yang tertentu, alat interaktif, atau mengambil bahagian dalam aktiviti tertentu. Sebagai contoh, untuk membuka akaun dalam talian atau untuk melanggan risalah, kami berkemungkinan akan meminta nama anda, maklumat untuk menghubungi anda, dan maklumat tambahan untuk kami menyesuaikan maklum balas kami dengan pesanan anda.

Sebagai tambahan, apabila anda mengakses alat interaktif atau perkhidmatan yang tertentu, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Anda boleh memilih untuk tidak berkongsi maklumat yang diminta, tetapi anda mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang tertentu yang memerlukan maklumat yang berkenaan.

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Peribadi Yang Boleh Digunakan Untuk Mengenal Pasti Diri Anda yang Anda Berikan Secara Sukarela

Kami mungkin akan mengubahsuai dan menyesuaikan Laman ini untuk pengunjung yang tertentu.

Sekiranya anda memberikan maklumat diri anda melalui borang interaksi, anda mungkin akan mendapati ia disesuaikan dengan merujuk kepada produk dan/atau perkhidmatan yang kami percaya mungkin akan menarik minat anda, berdasarkan kepada interaksi anda sebelum ini dan maklumat yang anda berikan kepada kami.

Jika sekiranya anda memberikan maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda, seperti nama, alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon, atau maklumat yang lain seperti tahap pendidikan, atau maklumat kesihatan peribadi, dengan ini, anda bersetuju kami boleh menghubungi anda melalui pelbagai cara seperti surat pos, panggilan telefon, atau e-mel untuk memberikan maklumat yang kami percaya akan menarik minat anda, melainkan sekiranya anda menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah, untuk memilih terkecuali dari perkhidmatan ini.

Jika anda memilih untuk memasuki program Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd, kami akan berkongsi maklumat anda dengan syarikat Mead Johnson Nutrition yang lain yang mungkin akan menjemput anda untuk mengambil bahagian di dalam salah satu program mereka.

Jika anda tidak memilih untuk keluar dari perkhidmatan ini, kami juga akan berkongsi maklumat anda dengan pembekal perkhidmatan kepada Mead Johnson (M) Sdn Bhd yang telah membantu Mead Johnson (M) Sdn Bhd membangunkan program dan menyediakan perkhidmatan yang mungkin akan menarik minat anda, atau untuk pemprosesan maklumat, surat menyurat, dan/atau tujuan penghantaran berasaskan Internet.

Kecuali seperti yang dinyatakan di dalam bahagian Pemindahan Kawalan, Mead Johnson (M) Sdn Bhd tidak akan menjual atau menyewakan maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Sebagai tambahan, seperti yang dinyatakan di bahagian Pemindahan Kawalan, maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda akan dikongsikan dengan kumpulan organisasi yang sebenar atau yang berpotensi untuk urus niaga yang dipertimbangkan yang mana kami memutuskan untuk menyusun semula atau melepaskan sebahagian atau keseluruhan perniagaan atau rangkaian perniagaan kami tanpa meminta keizinan anda terlebih dahulu atau tanpa notis kepada anda. Dalam keadaan yang sedemikian, kami akan mendapatkan jaminan yang bertulis bahawa maklumat peribadi yang telah dikemukakan melalui laman web ini akan dilindungi dengan sewajarnya.

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Peribadi

Mead Johnson (M) Sdn Bhd tidak akan merahsiakan maklumat bukan peribadi seperti soalan, komen, idea dan cadangan, sebagai maklumat sulit. Anda perlu maklum bahawa Mead Johnson (M) Sdn Bhd bebas untuk mendedahkan maklumat yang sedemikian melalui pelbagai cara untuk pelbagai tujuan mengikut budi bicara mutlaknya.

Dengan memberikan maklumat yang sedemikian kepada pihak Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd, anda dengan ini faham dan bersetuju bahawa tiada hubungan yang terjadi di antara Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd dengan anda, dan Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd tidak berkewajipan terhadap anda untuk apa juga maksud berkenaan dengan maklumat tersebut.

Ketepatan Maklumat Pengguna

Anda boleh menghubungi kami melalui talian Khidmat Pelanggan Mead Johnson di talian 1800-88-3585 untuk mengemaskini atau membuat pembetulan maklumat peribadi anda yang anda berikan melalui Laman Web selain daripada maklumat terhad yang dijelaskan dibawah dalam bahagian Keperluan Kawal Selia, atau memilih untuk keluar dari mel kami dan perkhidmatan yang lain yang mungkin telah anda minta. Untuk membuat demikian, sila menghubungi kami atau gunakan alat dalam talian, jika ada, untuk mengemaskini profil akaun anda.

Keselamatan

Kami telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang wajar untuk memastikan perlindungan maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui Laman Web ini dan digunakan bersesuaian dengan Kenyataan Privasi Internet. Sebagai tambahan kepada perlindungan secara teknikal, kami juga menggunakan kawalan secara fizikal dan prosedur yang tertentu untuk memberi perlindungan maklumat peribadi anda. Tetapi, kami tidak dapat memberi jaminan semua langkah ini selamat dari pihak yang mungkin akan cuba untuk melepasi kawalan keselamatan kami atau memintas penghantaran melalui Internet.

Penggunaan Cookies

Kami akan menyimpan maklumat di dalam komputer anda melalui penggunaan Cookies. Cookies digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, membantu anda log masuk (e.g. menyimpan maklumat seperti ID pengguna ketika anda mendaftar atau log masuk); menyimpan maklumat yang dipilih dalam pilihan utama pengguna; membantu kami lebih memahami bagaimana pengunjung mendapat manfaat dari laman kami; dan membantu kami untuk membuat penambahbaikan kepada Laman kami. Dalam kebanyakan keadaan, maklumat ini akan digunakan untuk menyesuaikan kandungan laman kami mengikut citarasa anda dan mengelakkan kami dari bertanyakan soalan yang sama setiap kali anda berkunjung ke laman kami. Cookies yang ditetapkan di Laman kami adalah untuk kegunaan di Laman kami sahaja. Untuk menutup atau menghadkan penggunaan cookies, sila rujuk kepada pilihan yang disediakan oleh pelayar Internet anda. Bagaimanapun, jika anda membuat demikian, beberapa halaman di laman ini tidak akan berfungsi dengan baik.

Web Beacons

Web beacons adalah fail bergambar yang jelas berformat GIF (Graphics Interchange Format) atau tag piksel yang diletakkan oleh syarikat ke dalam Laman Web mereka untuk membenarkan pengiklanan Internet dan syarikat yang menganalisis data pengunjung menganalisis kempen pengiklanan mereka atau corak penggunaan pengunjung ke Laman Web mereka. Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd menggunakan web beacons dalam beberapa bahagian Lamannya. Tertakluk dengan Pemindahan Kawalan dinyatakan di bawah, Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd tidak akan menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda.

Logging Server Web dan Alamat IP

Dengan atau tanpa cookies, Laman kami akan menjejaki penggunaan data, seperti dari mana alamat sumber permintaan satu-satu halaman (e.g. alamat IP anda, nama domain), tarikh dan masa permintaan satu-satu halaman dibuat, laman web yang merujuk (jika ada), dan parameter yang lain dalam URL (e.g. kriteria pencarian). Kami menggunakan data ini untuk lebih memahami penggunaan Laman Web ini pada keseluruhannya dan menentukan bahagian yang paling disukai oleh pengunjung (e.g. berdasarkan kepada bilangan kunjungan di bahagian tersebut). Maklumat ini tersimpan di dalam fail log dan digunakan oleh Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd dalam laporan statistik.

Pemindahan Kawalan

Keadaan mungkin timbul apabila kami memutuskan untuk menyusun semula atau melucutkan sebahagian atau keseluruhan perniagaan kami atau rangkaian perniagaan kami, ini termasuk segala maklumat pangkalan data dan Laman Web, melalui penjualan, pelucutan, penggabungan, pemerolehan, atau pemindahan dengan cara-cara yang lain. Dalam keadaan yang sedemikian, maklumat peribadi akan dikongsi, dijual, dipindahkan, disewakan, dilesenkan kepada, atau diberikan atau disediakan oleh kami atau bagi pihak kami kepada kumpulan organisasi yang sebenar atau yang berpotensi, dan yang mempunyai hubungan dengan kami, untuk urus niaga yang dipertimbangkan (tanpa meminta keizinan anda terlebih dahulu atau tanpa notis kepada anda). Dalam keadaan yang sedemikian, kami akan mendapatkan jaminan yang bertulis bahawa maklumat peribadi yang telah dikemukakan melalui laman web ini akan dilindungi dengan sewajarnya.

Keperluan Kawal Selia

Jika anda berkongsi pengalaman anda menggunakan produk kami, kami boleh menggunakan maklumat yang anda berikan dalam laporan kami kepada U.S. Food and Drug Administration, dan sepertimana yang diperlukan dari kami oleh undang-undang atau pun audit dari kerajaan. Kami juga boleh menggunakan maklumat anda untuk menghubungi pakar kesihatan anda sebagai rujukan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini yang melibatkan produk kami. Anda faham, untuk mematuhi undang-undang, Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd mungkin tidak dibenarkan untuk memenuhi permintaan anda untuk meminda atau menyingkirkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang telah diberikan kepada Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd oleh pakar kesihatan atau pengguna berkenaan dengan kejadian buruk atau tindak balas yang melibatkan perubatan, produk perubatan atau alat perubatan.

Penguatkuasaan Undang-undang

Dalam situasi yang tidak disangka, kami mungkin dikehendaki oleh perintah mahkamah atau badan berkanun yang lain atau proses undang-undang, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak berkuasa, mahkamah, atau pihak berkuasa kawal selia. Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd akan bekerjasama dan memenuhi permintaan tersebut, bersesuaian dengan proses kawal selia atau undang-undang, dan akan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan pemohon faham bahawa maklumat berkenaan maklumat peribadi kesihatan seseorang adalah sensitif.

Polisi Privasi Mengurus Pautan Laman Yang Berkaitan

Untuk memudahkan pengunjung, Laman Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd mempunyai pautan ke Laman yang lain yang mungkin mempunyai maklumat yang bermanfaat untuk pengunjung. Kenyataan Privasi Internet di laman ini tidak tertakluk pada penggunaan anda di laman selain laman ini. Sebelum menggunakan pautan laman yang lain, sila teliti terlebih dahulu Privasi Internet laman tersebut untuk memahami bagaimana mereka menggunakan dan melindungi maklumat peribadi anda.

Perubahan dalam Kenyataan Privasi Kami

Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd akan pada bila-bila masa meminda atau menambah Kenyataan Privasi Internet ini dengan mengemaskini artikel ini. Anda tertakluk dengan semakan ini dan harus mengunjungi halaman ini bagi menyemak kenyataan privasi yang terkini.

Privasi dalam Talian untuk Kanak-kanak

Kami amat komited dalam melindungi privasi kanak-kanak. Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi dari kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya ada terdapat kanak-kanak yang memberi maklumat peribadi mereka, ibubapa atau penjaga kanak-kanak tersebut boleh terus menghubungi kami.

Soalan

Jika anda mempunyai persoalan berkenaan dengan Kenyataan Privasi Internet untuk Laman Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd atau mana-mana aspek privasi di dalam Laman kami, sila hubungi kami.

Klik di sini untuk mengetahui tentang Syarat Penggunaan Laman ini.