Warisan dan Sejarah

Warisan dan Sejarah Mead Johnson: Seabad Perlindugan

 

Mead Johnson & Company ditubuhkan pada tahun 1905 oleh Edward Mead Johnson di Jercey City, New Jersey. Sr. E. Mead telah melancarkan perniagaannnya setelah mengambil keputusan untuk memilih haluan yang berbeza dan meninggalkan syarikat Johnson & Johnson yang ditubuhkan bersama saudaranya.

Mead Johnson & Company memperkenalkan produk makanan bayi mereka yang pertama pada tahun 1910, dan pada tahun yang berikutnya, mereka mengeluarkan produk yang baru yang meletakkan syarikat Mead Johnson & Company sebagai pelopor dalam produk makanan bayi dan kanak-kanak. Produk mereka, Dextri-Maltose® menjadi produk makanan bayi yang pertama diiktiraf secara klinikal dan disokong oleh pakar pemakanan di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1915, syarikat Mead & Johnson Company telah berpindah ke bandar Evansville di Indiana demi memudahkan mereka mendapatkan bahan mentah untuk pembuatan Dextri-Maltose.

Beberapa dekad seterusnya, Mead Johnson menjadi teraju dalam produk pemakanan bayi dengan berasaskan kajian sains dan memperkenalkan pelbagai inovasi dan produk baru untuk bayi selain meluaskan perniagaan mereka ke dalam pembuatan vitamin, produk farmaseutikal dan makanan untuk pesakit melalui enteral atau perenteral.

Buat pertama kalinya, beberapa produk Mead Johnson berjaya mencipta sejarah di Amerika Syarikat dan membawa perubahan positif kepada kualiti hidup rakyat Amerika pada ketika itu sehingga produk-produk ini menjadi ikon pada masa itu. Selain daripada itu, usahasama di antara Mead Johnson dan komuniti sains terjalin sehingga kini dan mendapat kerjasama berterusan dengan pihak hospital dan para pengkaji nutrisi.

 

Mead Johnson: Syarikat Global

Mead Johnson merupakan syarikat global yang mempunyai rangkaian 70 jenis produk dalam lebih 50 negara. Mead Johnson ditubuhkan di Amerika Syarikat, dan masih mengekalkan ibu pejabat mereka di sana.

Bahkan, aspirasi Mead Johnson untuk menjadi syarikat global telah pun dilancarkan sebelum dunia perniagaan global bermula lagi. Wakil jualan Mead Johnson, Kanada sejak dari tahun 1907 lagi merupakan pasaran pertama di luar Amerika Syarikat. Ini diikuti dengan penubuhan organisasi Mead Johnson di Kanada pada tahun 1922.

Mead Johnson mula menubuhkan anak syarikat dipunyai sepenuhnya oleh Mead Johnson di Mexico dan Amerika Latin, yang mana mereka telah pun berjaya mengeksport produk ke sana. Syarikat terus berkembang sehingga ke Eropah, Asia dan Pinggir Pasifik. Ini terus berlaku sehingga pada tahun 1967, apabila syarikat Bristol-Myers mengambil alih syarikat Mead Johnson yang mana kemudiannya bergabung dengan Squibb Corporation.

Transformasi Mead Johnson menjadi sebuah syarikat yang global terus berlangsung. Produk-produk yang dihasilkan mengikut pasaran dan kehendak pengguna di negara tertentu, produk-produk yang sedia ada dibangunkan dan dikembangkan ke pasaran-pasaran yang baru. Dalam masa yang sama, produk jenama Enfamil® terus dibangunkan dan dikembangkan, seterusnya menjadi produk pemakanan bayi yang khas untuk keluarga dan menjadi pelopor dalam bidang nutrisi kanak-kanak hingga dikenali di seluruh dunia.

Kini, seiring the misi syarikat untuk terus berinovasi dalam penghasilan nutrisi berasaskan sains bagi memberikan yang terbaik untuk bayi, ibubapa, dan pakar kesihatan di seluruh dunia, Mead Johnson Amerika Utara untuk pertumbuhan di peringkat antarabangsa terus berkembang.