Sila baca syarat-syarat penggunaan ini dengan teliti. Dengan mengakses laman ini, anda bersetuju dan terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Mead Johnson.

Had Penggunaan Bahan

Laman Sustagen Malaysia (www.sustagen.com.my) ini dimiliki oleh syarikat Mead Johnson Nutrition (M) Sdn. Bhd. Semua kandungan di laman ini adalah hak cipta Sustagen Malaysia dan tertakluk dengan undang-undang hak cipta. Pengguna dibenarkan untuk memuat turun bahan hanya untuk kegunaan peribadi pengguna sahaja dan bukan untuk perdagangan. Salinan, pengedaran semula atau penerbitan mana-mana bahagian laman ini adalah dilarang sama sekali.

Penyerahan

Dengan menghantar kandungan ke Laman Sustagen Malaysia ini, anda memberikan kebenaran kepada Mead Johnson secara automatik, atau jaminan bahawa tuan punya kandungan tersebut telah memberikan kebenaran hak cipta menyeluruh yang terdapat dalam kandungan tersebut kepada Mead Johnson, kandungan yang tiada-royalti, kekal, tidak terbatal, hak tidak-eksklusif dan lesen untuk menggunakan, membuat salinan, meminda, mengubahsuai, menerbitkan, menterjemah dan mengedar kandungan (menyeluruh atau sebahagian) ke seluruh dunia dan/atau memasukkan ke dalam karya yang lain dalam apa jua bentuk, media atau teknologi kini atau teknologi baru yang akan dibangunkan selepas ini.

Anda memberi jaminan bahawa anda pemilik bahan yang anda hantar dan ia tidak melanggar mana-mana peraturan perjanjian hak cipta yang dipunyai oleh orang lain. Anda juga memberi keizinan untuk orang lain mengakses, melihat, dan menyimpan atau membuat salinan kandungan tersebut untuk kegunaan peribadi mereka. Tertakluk dalam kebenaran ini, tuan punya kandungan yang diletakkan di dalam laman ini masih memiliki hak cipta yang mungkin ada terhadap kandungan tersebut. Mead Johnson tiada kewajipan untuk menggunakan bahan yang anda hantar dan mempunyai hak untuk tidak menggunakan bahan tersebut sekiranya bahan tersebut didapati tidak menyenangkan. Apabila anda menghantar maklumat yang mempunyai nama anda, alamat surat menyurat dan/atau alamat e-mel, anda dengan ini mengakui bahawa nama anda, alamat surat menyurat dan/atau alamat e-mel anda akan disenaraikan di dalam satu atau lebih senarai mel Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd.

Ganti Rugi

Dengan ini, anda bersetuju untuk membayar ganti rugi dan tidak membabitkan Mead Johnson (syarikat induknya dan sekutunya, atau mana-mana pegawainya, pengarahnya, pekerjanya, ejennya, wakilnya) dari apa jua liabiliti yang timbul dari jaminan ke atas kandungan yang anda telah hantar ke laman ini.

Pembatasan Liabiliti

Mead Johnson tidak mewakili atau memberi jaminan yang laman ini boleh diakses dan tersedia sepanjang masa, atau akses ke laman ini bebas dari sebarang gangguan atau kesalahan.

Laman sesawan ini diedarkan secara “sebagaimana adanya” tanpa waranti jenis apa pun, sama ada secara nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti tajuk atau waranti tersirat kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu.

Dalam apa jua situasi Mead Johnson (syarikat induk dan sekutu, atau mana-mana pegawai mereka, pengarah, pekerja, ejen, wakil, pemberi maklumat atau pemberi lesen) tidak bertanggungjawab untuk mana-mana ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, istimewa, turutan, punitif atau mana-mana ganti rugi (tanpa mengambil kira apa jua bentuk tindakan).

Dengan pengecualian syarikat yang berkaitan dengan Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd dan produk Mead Johnson Nutrition, Mead Johnson tidak bergabung dan bersekutu dengan mana-mana penaja laman yang mempunyai pautan dari atau ke laman Sustagen Malaysia, dan tidak menyokong isi kandungan yang terkandung di dalam laman yang lain.

Maklumat Tambahan

Kesemua produk Mead Johnson Nutrition, bahan dan maklumat yang boleh didapati melalui laman ini adalah untuk kegunaan pengguna dari Malaysia. Untuk maklumat berkenaan produk di negara lain, sila rujuk laman khas untuk negara tersebut. Produk Mead Johnson Nutrition tertentu yang ada di dalam laman ini mungkin tidak dipasarkan di luar Malaysia.

***

Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd menyokong International Code of Marketing of Breast-Milk Substitutes oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara membangun, termasuk integriti produk, perlabelan, pengedaran dan promosi. Bersesuaian dengan Artikel 4.2 Kod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kenyataan di bawah digunakan:
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan menjadi pilihan utama pada bila-bila masa. Penyusuan susu ibu adalah penting dalam kesihatan, pemakanan dan ukuran sosial yang diperlukan untuk kesihatan dan tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Sekiranya pada peringkat awal, seseorang ibu itu telah memilih untuk memberikan susu formula bayi kepada bayinya, maka adalah sukar baginya untuk menukar kepada penyusuan susu ibu. Penyusuan dengan susu formula bayi mempunyai kesan yang negatif untuk melatih penyusuan susu ibu. Penggunaan susu ibu gantian yang tidak sesuai akan menyebabkan bayi kekurangan makanan berkhasiat, penyakit yang serius, dan juga boleh menyebabkan kematian di semua negara. Kesalahan penggunaan susu ibu gantian boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan, oleh kerana itu, cara penyediaan dan penyimpanan perlu dibaca dengan teliti. Ibu yang menyusu memerlukan pemakanan tambahan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu. Oleh kerana itu, amat penting bagi ibu yang menyusu untuk menjaga diet untuk memastikan kuantiti dan kualiti khasiat susu mereka adalah mencukupi untuk bayi mereka. Rumusan bayi, dapat membekalkan khasiat untuk menggantikan atau sebagai tambahan kepada susu ibu, tetapi ia melibatkan kos yang lebih mahal. Apabila membuat keputusan untik menyusukan bayi, nasihat profesional perlu diikuti dan kos rumusan bayi perlu dipertimbangkan.

***

Nama-nama produk Mead Johnson yang ada di dalam laman ini adalah tanda dagangan Mead Johnson (atau pemegang lesen jika dinyatakan), dan kebanyakannya adalah berdaftar di Amerika Syarikat dan di negara-negara yang lain.

Klik sini untuk mengetahui Polisi Privasi laman kami.