Si manja anda akan terus membesar dengan pesat selepas berumur 1 tahun dan dia memerlukan pemakanan yang seimbang seperti keperluan vitamin, mineral dan kebaikan nutrisi yang lain bagi membantu tumbesaran dan perkembangan yang menyeluruh. Pemakanan yang seimbang adalah gabungan makanan yang memberikan pelbagai nutrisi penting1 untuk perkembangan tubuh badan. Malahan, setiap nutrisi ini memainkan peranan yang penting dalam badan. Sebagai contoh, makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging dan telur adalah penting bagi perkembangan otot2, susu dan produk tenusu pula penuh dengan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi3 yang kuat. DHA banyak ditemui di dalam otak.

Sebagai ibu, anda sentiasa berusaha 100% untuk mencari pelbagai cara untuk menyediakan pemakanan yang seimbang untuk si manja anda. Ini kerana, apabila si manja mendapat khasiat yang secukupnya, anda dapat menikmati ketenangan hati yang sepenuhnya