Ahli Kelab: Lee Lih Yeeng

Anak lelaki saya telah memasuki umur 2 tahun. Dia sangat aktif dan langsung tidak cerewet memilih makanan, malahan dia menyukai hidangan yang mengandungi sayur-sayuran, nasi atau sup.

Sustagen dan makanan yang disediakan dirumah memainkan peranan yang penting dalam membantu si manja membesar dengan sihat dan aktif.  Si Manja tidak mudah jatuh sakit dan amat jarang sekali terlantar kerana sakit.

Bermain bersama-sama dengan rakan seusianya di taman permainan tidak membimbangkan saya, kerana saya percaya dia telah pun mendapat khasiat dan nutrisi dari pelbagai sumber, yang menjadikan badannya kuat dan sentiasa mempunyai ketahanan imun yang tinggi bagi melawan penyakit.

Semoga sentiasa sihat si Manjaku!