Pengambilan makanan secara bersederhana amat baik dan tidak membahayakan kesihatan kita dan anak-anak kita. Namun, masalah obsesiti di kalangan kanak-kanak semakin meningkat di Asia. Pakar mengatakan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah punca kepada peningkatan ini. Di sini dinyatakan cara-cara bagaimana anda boleh melatih anak anda untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang baik.
Makanan seperti makanan segera, aiskrim dan gula-gula sudah dimaklumi menjadi penyebab masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Namun begitu, masalah obesiti ini bukan semata-mata disebabkan oleh tiga jenis makanan tadi. Malahan adalah mustahil untuk kanak-kanak berhenti makan snek kegemaran mereka. Punca utama obesiti adalah apabila pengambilan kalori melebihi dari aktiviti fizikal yang dilakukan seharian. Pakar juga menyatakan, gaya hidup sesebuah keluarga banyak mencorakkan tabiat kanak-kanak sama ada mereka akan menjadi kanak-kanak yang aktif atau tidak.
Tip-tip kesihatan
![]() |
Penyelesaian kepada masalah ini bukan hanya sekadar mengurangkan berat-badan semata-mata. Seperti yang diperkatakan oleh Dr Oh Jean Yin, anak-anak memerlukan pelbagai nutrien yang mencukupi untuk perkembangan dan pertumbuhan aspek yang lain seperti tulang yang kuat, perkembangan otak dan tubuh badan. Jadi, penyelesaian yang terbaik ialah menanamkan dan menyemai gaya hidup sihat untuk diamalkan sepanjang hidup. |
![]() |
Makan bersama-sama ketika waktu makan. Para doktor menasihatkan para ibu bapa agar duduk semeja bersama anak-anak mereka dan menikmati waktu makan bersama-sama. Dengan menghabiskan masa bersama ketika waktu makan, para ibu bapa bukan sahaja dapat menguatkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga, malah dapat menjadi model yang baik untuk anak-anak mereka. Sebagai contoh, para ibu bapa boleh menyemai kepentingan pengambilan sarapan pagi, dan mengandingkan buah dan sayur-sayuran pada setiap waktu makan dan juga kebaikan snek yang sihat, ujar Dr Oh Jean Yin. Apabila sekeluarga makan bersama-sama, para ibu bapa juga berpeluang memerhati tabiat pemakanan anak-anak mereka, tambah Dr Oh Jean Yin.
|
![]() |
Berikan snek yang sihat kepada anak anda. Snek untuk anak-anak bergantung kepada apa yang ibu bapa sediakan. Justeru itu, ketika membeli barangan dapur, ibubapa boleh memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka akan kepentingan makanan yang sihat. Biasakan mereka dengan snek yang sihat seperti buah-buahan dan kekacang dan elakkan dari membiasakan mereka dengan snek seperti kerepek kentang atau mee segera. Menghadkan bilangan snek yang tidak sihat ini di rumah, menurut Dr Oh Jean Yin, adalah sesuai kerana anak-anak mungkin tidak dapat mengawal keinginan terutama terhadap snek kegemaran mereka.
|
![]() |
Buang tabiat pemakanan yang tidak sihat. Tabiat pemakanan yang tidak sihat termasuklah makan ketika belajar, menonton televisyen, mengalami stress, mengambil snek di antara waktu makan, atau ibu bapa menggunakan makanan sebagai ganjaran kepada anak-anak mereka. Kesemua tabiat ini akan menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
|
![]() |
Letakkan matlamat yang realistik. Letakkan matlamat yang boleh dicapai dan rancangan yang realistik untuk anak-anak anda. Sebagai contoh, kurangkan pengambilan minuman manis dari 7 kali seminggu kepada 3 kali seminggu. Menurut Dr Vera Oh, dengan meletakkan matlamat yang mudah dicapai akan menaikkan keyakinan anak-anak anda dan ini akan memudahkan mereka untuk melakukan langkah yang seterusnya. |
![]() |
Berikan galakan yang positif yang menjurus kepada gaya hidup sihat. Dr Vera Oh menasihatkan untuk menggunakan ganjaran yang boleh menggalakkan mereka untuk lebih aktif dan menyemai kelakuan yang positif. Sebagai contoh, berikan ganjaran seperti membelikan raket badminton atau memberi kebenaran untuk bermain di taman permainan dengan lebih lama.
|
![]() |
Tukar tabiat keluarga. Menurut Dr Vera Oh, jika semua ahli keluarga bersama-sama mengubah gaya hidup kepada gaya hidup yang sihat, amalan pemakanan yang sihat, maka si anak ini tidak akan merasa janggal untuk melakukan perubahan. Amat sukar untuk si anak mengubah atau mengekalkan gaya hidup yang sihat seandainya ahli keluarga yang lain masih mengamalkan tabiat gaya hidup yang tidak sihat seperti kerap memakan makanan ringan atau menonton televisyen sepanjang hari. Sekiranya mereka mempunyai teman atau rakan untuk melakukan perubahan tersebut bersama-sama, apatah lagi dari ahli keluarga sendiri, mereka akan merasa bersemangat dan bermotivasi untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amat penting untuk ibu bapa memberi peringatan kepada ahli keluarga yang lain untuk tidak mengejek atau sabotaj usaha si anak, nasihat Dr Oh Jean Yin.
|
REFERENCES
1. Dr Vera Oh, Paediatrician at the Singapore Baby and Child Clinic with a special interest in Endocrinology and Growth
2. Dr Oh Jean Yin, Associate Consultant, General & Ambulatory Paediatrics, KK Women's and Children's Hospital
3. Youfa Wang & Tim Lobstein. Worldwide trends in childhood overweight and obesity. International Journal of Pediatric Obesity. 2006 1: 11/25