Anda tidak perlu memberikan kesemua pengambilan nutrien tersebut dalam satu sajian. Langkah terbaik adalah untuk si manja anda mendapat makanan yang seimbang yang disarankan di dalam Piramid Makanan dengan menyediakan 3 hidangan utama dan 2 kali snek seharian.

Example of meal distribution and serving sizes for each meal:

Sarapan Pagi

  • 1 – 2 keping roti dengan telur
  • 1 gelas Sustagen Junior 1+

Makan Tengahari / Makan Malam
(untuk dihidangkan setiap hidangan)

  • ½ - ¾ cawan nasi/mi yang telah dimasak
  • ½ ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 sudu makan (atau ¼ cawan) sayur hijau yang telah dimasak
    atau
    2 sudu makan lobak atau tomato yang telah dimasak
  • ½ potongan kecil betik
  • Air masak

Snek (minum pagi/minum petang)
hidangan setiap kali

  • 1 gelas Sustagen Junior 1+
    atau
    1 potong kecil pisang/ epal/ buah pir
    atau
    ½ sandwic

Sebelum Tidur

  • 1 gelas Sustagen Junior 1+

Jumlah kuantiti makanan yang dihidangkan
setiap hari

  • 3 sajian bijirin, nasi atau roti
  • 2 sajian sayur-sayuran
  • 2 sajian buah-buahan
  • ½ - 1 sajian daging atau alternatif (sumber protein)
  • 3 sajian susu Sustagen atau produk tenusu yang lain

7 Tip Pemakanan untuk Si Manja yang Aktif!

 

Ikutlah 7 langkah ini untuk memastikan si Manja anda memenuhi keperluan pemakanan setiap hari.

Menyediakan pemakanan yang seimbang untuk anak anda berdasarkan setiap kumpulan makanan di dalam Piramid Makanan untuk mendapatkan manfaat daripada nutrien-nutrien yang ditawarkan.

Pelbagaikan menu hidangan si Manja anda dari setiap kumpulan makanan, contohnya menyediakan ikan untuk hidangan tengahari dan diikuti pula dengan hidangan daging ayam untuk makan malam.

Untuk mencapai keseimbangan pengambilan nutrien-nutrien, hidangkan makanan secara moderasi berdasarkan quantiti yang disyorkan di dalam Piramid Makanan.

Elakkan dari melangkau waktu makan. Si Manja anda perlu mengambil makanan pada waktu yang tetap untuk mendapat tenaga yang cukup sepanjang hari.

Snek yang sihat di antara waktu makan dapat memastikan si Manja anda kekal aktif dan ceria, tetapi elakkan dari memberi snek kepada si Manja anda 2 jam sebelum waktu makan untuk mengelakkan hilang selera si Manja.

Susu adalah bagus untuk setiap peringkat umur. Teruskan memberi susu ataupun produk tenusu kepada Si Manja anda setiap hari.

Si Manja memerlukan sedikit kuantiti lemak sebagai sumber tenaga dan khasiat untuk tumbesaran dan perkembangannya. Gunakan lemak dan minyak dengan sederhana semasa penyediaan hidangan untuk si Manja dan keluarga anda.

Rujukan: Nutritionist’s Choice Cookbook VOL 1: Healthy Recipes for Your Little Ones